Sunday, 30 November 2014

Kenali Istana-Istana Negeri di Malaysia

Malaysia adalah negara yang mempunyai paling banyak sultan dan raja di dunia. Wah! Sebab itu penggiliran untuk menjadi Yang Dipertuan Agong perlu dibuat. Jadi, sekarang saya mahu tunjukkan kediaman rasmi para Sultan dan Raja kita di negeri masing-masing.

1. Istana Iskandariah, Perak



2. Istana Bukit Kayangan, Selangor


3. istana Abu Bakar, Pahang


4. Istana Balai Besar, Kelantan


5. Istana Anak Bukit, Kedah


6. Istana Arau, Perlis


7. Istana Maziah, Terengganu


8. Istana Sri Menanti, Negeri Sembilan


9. Istana Besa Johor Bahru, Johor


Masjid-Masjid Negeri di Malaysia

Malaysia ada 14 buah negeri. Dan setiap negeri mempunyai masjid negeri mereka yang tersendiri. Mungkin anda mengenali masjid negeri anda. Tapi masjid negeri lain, adakah anda tahu?

Jadi, mari kita berkenalan dengan Masjid-Masjid Negeri yang ada di Malaysia.
(susunan berdasarkan rawak sahaja)


1. Masjid Negeri Perak


2. Masjid Negeri Selangor


3. Masjid Negeri Pahang


4. Masjid Negeri Kelantan


5. Masjid Negeri Sembilan


6. Masjid Negeri Johor


7. Masjid Negeri Kedah


8. Masjid Negeri Sabah


9. Masjid Negeri Sarawak


10. Masjid Negeri Perlis


11. Masjid Negeri Pulau Pinang


12. Masjid Negeri Terengganu


13. Masjid Negeri Melaka 


14. Masjid Wilayah Persekutuan (wakil bagi wilayah persekutuan)


Semua Masjid Negeri pun cantik-cantik kan. Saya tinggal di Ipoh, dan saya berbangga dengan Masjid Negeri Perak. Anda pula bagaimana?

Thursday, 27 November 2014

5 Haiwan Paling Banyak Membunuh Manusia

Ini bukan sebarangan haiwan. Ini top 5 ranking haiwan paling merbahaya dan paling banyak membunuh manusia. Jom kita perhati dan berhati-hati kalau terjumpa haiwan-haiwan ini...



5. ASSASSIN BUG (10,000 kematian manusia / per year)

Nama pun macam ninja. Kumbang pembunuh ini mampu membunuh manusia tanpa rasa sakit. Beliau akan menyebarkan parasit, lalu parasit itu akan masuk ke rongga darah. Penyakit yang dibawa oleh beliau adalah chagas. Kebanyakan mangsa meninggal kerana kegagalan jantung berfungsi.


4. TSETSE FLY (10,000 kematian manusia / per year)

 Lalat comel ini membunuh dengan cara melekatkan larva ke serangga lain yang mana mungkin kita tidak rasa bahaya. Jika haiwan yang sudah dilengkapi dengan larva lalat comel ini hinggap ke tubuh anda, maka bergegaslah ke Hospital.


3. DOG (25,000 kematian manusia / per year)

Anjing ini tidak mampu membunuh manusia, melainkan bila dia naik gila lalu menggigit kita. Nak kena samak satu hal, nak melawan kematian lagi la masalah yang lebih besar. Ya, gigitan haiwan berhadas besar ini memang amat bahaya.


2. SNAKE (50,000 kematian manusia / per year)

Ular sememangnya dikenali dengan haiwan pembunuh. Kalau nampak binatang ini dari seberang sungai pun, kita boleh menjerit sakan. Perlu diingat, ular ini tidak perlu menggigit atau membelit untuk membunuh kita. Cukuplah beliau menyemburkan bisanya ke arah kita, maka ketika itu Malaikat Maut sudah begitu hampir dengan kita.


1. MOUSQUITO (725,000 kematian manusia / per year)

Mendahului carta, kedudukan nyamuk langsung tidak pernah tergugat! Kecik-kecik nyamuk aedes, ini juga haiwan pembunuh nombor satu manusia. Bukan sedikit binatang ini telah bunuh 725 ribu setahun! Malah Raja Namrud pun mati dibunuh oleh beliau. Jadi, jangan bersimpati ya dengan makhluk halus ini. Kalau nampak, terus bunuh. Hapuskan sekali tempat pembiakannya.


__________________________
Rujukan:
http://www.gatesnotes.com/Health/Most-Lethal-Animal-Mosquito-Week

Tuesday, 25 November 2014

10 Negara Paling Ramai Pelancong Di Dunia

Setiap tahun, 10 billiion pelancong akan meninggalkan negara mereka untuk bercuti di luar negara. Siapa yang tak suka melancong, kan? Kalau anda suka melancong, boleh lihat di sini. Saya berikan 10 buah Negara yang paling ramai kehadiran pelancong di dunia pada tahun lepas (2013). Data ini diambil dari World Bank on international arrivals.

A look at the world's ten most visited countries.
















10. Malaysia dengan 24,714,000 Pelancong Asing 

Pintu masuk utama ke Malaysia adalah KLIA, sebelum pelawat akan terpesona dengan kemegahan bandaraya Kuala Lumpur yang terkenal dengan menara berkembar KLCC itu. Namun, Malaysia bukan sekadar ada bangunan, tetapi turut mempunyai pantai yang cantik, tempat skuba yang terbaik, serta gabngan kebudayaan yang mempesonakan.
Long Beach on Perhentian Kecil is a popular hangout spot for backpackers and scuba divers.











9. Russia dengan 24,932,000 Pelancong Asing

Moscow sememangnya terkenal dengan bandar percutian musim sejuk. Sejarah negara mereka yang hebat juga  turut menarik pelancong untuk ke sana.

The onion domes of St Basil's and the walls of the Kremlin in Moscow's Red Square.







8. Germany dengan 28,374,000 Pelancong Asing

Jerman sememangnya terkenal dengan negara percutian dunia. Berlin sendiri mampu menarik kehadiran pelancong dengan sejarahnya. Pengalaman memandu tanpa had laju di highway juga satu pengalaman yang tidak dapat didapati di negara lain.
The Berlin Cathedral, in the trendy neighborhood of Mitte, lit up in a colorful light display. Photo credit Gertrud K. CC SA.










7. United Kingdom dengan 29,306,000 Pelancong Asing

EPL? Siapa yang tidak kenal dengan liga bola sepak yang paling terkenal di dunia ini? London, ibu negara UK, menarik 50% pelancongnya ke sana. London juga merupkan salah satu bandar yang menjadi hub kepada syarikat antarabangsa. Dan yang pasti, London Brigde dan Big Bennya cukup terkenal!Big Ben and the Westminster Palace are London's best known sights.








6. Turkey dengan 34,038,000 Pelancong Asing

Tukri, negara pertembungan antara benua Asia dan Eropah. Sememangnya negara ini adalah sangat menarik untuk dikunjungi. Belon udara panas yang merentasi Cappadocia, Laut Mediterranean yang mempunyai sejarah yang panjang serta ibu kota Istanbul yang penuh dengan sejarah. Memang negara yang wajib untuk diterokai!  

Shoppers exploring the exciting halls of Istanbul's Grand Bazaar. Photo credit Alexander Tolstykh.







5. Italy dengan 46,119,000 Pengunjung Asing

Mungkin kerajaan Itali mengecewakan, tetapi pelancongan mereka memang terbaik. Ada banyak sebab mengapa perlu melawat ke sana. Siapa yang tidak kenal dengan Roma dan Collasiom mereka? Venice, kota terapung mereka juga cukup terkenal sebab kota berbulan madu yang cukup masyhur di dunia, ditambah lagi dengan high fasion Milan yang mereka ada. Itali, negara percutian kelas mewah. 
The magnificent Duomo up close and personal with its stunning views of the city.











4. Spain dengan 56,694,000 Pelancong Asing

Sepanyol mungkin lemah dari segi ekonomi, tetapi begitu gah dari segi perlancongan. Kota perlancongan mereka seperti Barcelona, Madrid, Valencia dan Sevilla membuatkan negara ini mudah untuk menyedut pelancong luar datang ke sini. Percutian di Sepanyol juga lebih murah perbelanjaannya berbanding melancong ke negara Eropah yang lain. 
The exterior of Casa Batlló in Barcelona is covered in small pieces of glass to give it a mosaic look.











3. China dengan 57,581,000 Pelancong Asing

Pelancongan di China begitu pesat membangun, lebih-lebih lagi selepas mereka menjadi penganjur Sukan Olimpik. Malah, China juga mula menjadi kuasa besar dunia, membuatkan pelancong bukan datang ke sana untuk melancong semata. Pusat pelancongan utama mereka semestinya ibu negara Shanghai serta kota Beijing.   
Yangshou and its karst mountains are one of the most famous scenes of rural China.











2. United States dengan 62,711,000 Pelancong Asing

Kuasa besar dunia ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Walaupun mereka antara negara yang begitu ketat kawalan visanya, namun ia masih mampu menarik kehadiran pelancong yang begitu ramai. Apa lagi yang ada di sana selain daripada kemegahan? 
Inside the Smithsonian's National Air and Space Museum.










1. France dengan 81,411,000 Pelancong Asing

Masih mengungguli carta teratas, Perancis adalah negara yang mempunyai kehadiran pelancong asing yang teramai di dunia buat kali yang ke berapa entah. Paris semestinya menjadi magnet utamanya, dengan Menara Eiffel Tower sendiri menarik kehadiran 6 juta pelancong ke sana! Pusat percutian lain? Main salji di Pergunungan Alps.

Paris isn't called the most romantic city in the world for no reason.











10 Masjid Yang Tercantik Di Malaysia

Masjid merupakan tempat suci bagi umat Islam. Dalam tulisan kali ini, aku mahu menulis tentang 10 masjid yang tercantik yang telah dibina  di Malaysia. Tidak mahu berceloteh panjang, mari saja kita membaca, melihat dan menjenguknya… 

*Nombor 1hingga 10 bukan merujuk kepada masjid yang tercantik, kerana bagi saya kesemuanya sangat cantik!
1. Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin 


Masjid ini juga digelar Masjid Besi. Mula dibina pada April 2004 siap sepenuhnya pada Ogos 2009. Masjid ini yang mempunyai keluasan sekali ganda berbanding Masjid Putra, yang terletak kira-kira 2.2 km ke utara. Direka berdasarkan 3 konsep iaitu angin, sederhana dan telus. Kira-kira 6,000 tan keluli digunakan bagi pembinaan tersebut yang mewakili kira-kira 70% manakala selebihnya adalah konkrit. 

Masjid Besi mempunyai keistimewaan yang tersendiri antaranya tiada pemasangan kipas ataupun alat penyaman udara di dalamnya, sebaliknya menggunakan gas penyejuk (gas district cooling atau GDC). Selain itu, masjid ini turut menggunakan Seni Bina Jaringan Wayar (Architectual Wire Mesh) atau Anyaman Masyrabiah yang diimport dari Jerman dan China. 

Ini ditambah lagi dengan pembinaan dinding mihrab yang diperbuat daripada panel kaca setinggi kira-kira 13 meter. Uniknya, dinding mihrab ini tidak memantulkan kesan dari pancaran sebarang cahaya atau lampu menjadikan ukiran kaligrafi ayat suci berkenaan yang berwarna keemasan itu kelihatan jelas dan seolah-olah terapung di udara.  Bahagian tepi bumbungnya sepanjang 40 kaki pula mampu mengelakkan jemaah yang bersolat di luar dewan solat utama terkena tempias hujan. 


2. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah  

Merupakan masjid yang terbesar di Malaysia. Masjid Negeri Selangor Darul Ehsan ini menjadi lambang keagungan dan kedaulatan agama Islam di negeri ini. Perasmiannya oleh Sultan Selangor Darul Ehsan pada 11 Mac 1988 bersamaan 23 Rejab 1408 hijrah. Masjid ini mempunyai kubah yang terbesar di dunia. Empat menara tinggi dibina di keliling kubah. Merupakan menara masjid kedua tertinggi di dunia. 

Pembinaan masjid menggunakan teknologi terbaru. Kubah luar berdiri 300 kaki dari paras bumi dan garis pusat 170 kaki menjadi kubah agama yang terbesar pernah dibina sehingga kini. Bahagian luar kubah diperbuat daripada kepingan aluminium berlipat dan mempunyai panel yang menarik berwarna biru, tidak akan karat dan tahan beratus tahun. Dewan Sembahyang utama seluas 73,000 kaki persegi ditutupi oleh satu kubah besar yang didokong oleh lapan tiang berbentuk empat persegi. Kubah itu mempunyai garis pusat 170 kaki dan 180 kaki tinggi. 

Setiap tiang mempunyai tangga dan dilengkapi lif. Ada tiga pintu masuk. Pintu masuk utama menghadap pusat bandar Shah Alam. Dihiasi dengan pancutan air setinggi 70 kaki. Pintu masuk Diraja terletak di sebelah kanan. Paip air untuk berwuduk paling moden telah dipasang. Pengunjung hanya perlu menyuakan tangan dan air akan keluar sendiri dan berhenti juga sendiri. Sebuah janakuasa tunggu sedia diadakan semasa ketiadaan bekalan elektrik. Dijangka tidak memerlukan penyelenggaraan selama 200 tahun. Bernilai 18 juta. 


3. Masjid Negeri Sultan Abu Bakar 


Merupakan masjid negeri Johor yang terletak di Johor Bahru. Masjid ini telah dibuka dengan rasminya oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar pada 1900. Masjid ini diberi nama Masjid Abu Bakar kerana mengambil sempena nama Almarhum Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim yang telah menitahkan pembinaannya kira-kira dalam tahun 1892 dengan perbelanjaan lebih dari $400,000. 

Masjid yang dibangunkan di atas sebuah bukit kecil di tepi Selat Tebrau menghala ke Singapura ini mempunyai 4 buah menara yang menyerupai beberapa buah masjid di negara-negara Asia Barat terutamanya di Mesir. Menaranya berbentuk 2 tingkat bulat di atas dan empat persegi di bawah serta berkubah. Masjid ini boleh memuatkan kira-kira 3,000 umat Islam bersolat. Seni bentuk bangunan masjid ini telah direka oleh Tuan Haji Mohamed Arif bin Punak di bawah penguasaan jurutera Yang Berbahagia Dato' Yahya bin Awalluddin. 

Masjid ini juga merupakan mercutanda yang membuktikan bahawa jurutera-jurutera Melayu juga berkeupayaan membina bangunan-bangunan besar yang indah dan kukuh seperti di Eropah danTimur Tengah pada hujung abad ke-19. Bangunannya empat persegi dan banyak dipengaruhi oleh ciri-ciri bina Islam. Masjid ini berbentuk bujur sangkar dengan 4 buah anjung yang masing-masing mempunyai menara kubah. 


4. Masjid Zahir 

Masjid Zahir atau juga dikenali sebagai Masjid Zahrah merupakan Masjid Negeri Kedah. Bangunan bersejarah ini terletak di tengah-tengah bandar raya Alor Setar. Ia juga dikenali sebagai Masjid Raja kerana ia merupakan masjid Diraja dan terletak di perkarangan Istana Pelamin. Masjid Zahir merupakan mercu tanda yang terkenal di Alor Setar, dengan ciri kubah hitam - satu kubah utama dan lima kubah lebih kecil, yang melambangkan lima rukan Islam. 

Dibina pada tahun 1912, masjid ini pada asalnya adalah tanah pusara wira-wira Kedah yang gugur semasa mempertahankan Kedah dari serangan Siam (1821). Reka bentuk masjid ini diilhamkan dari Masjid Azizi di Bandar Langkat, Sumatera Utara. Upacara perasmiannya dilakukan pada hari Jumaat, 15 Oktober 1915 oleh DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Tunku Mahmud telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat. Masjid ini merupakan antara mercu tanda seni bina negeri Kedah dan antara masjid tercantik di Malaysia. 


5. Masjid Tengku Tengah Zaharah 

Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung telah dinamakan sempenan nama bonda Al-Marhum Sultan TerengganuSultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah iaitu Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja. Masjid ini terletak 4 km dari pusat bandar Kuala Terengganu. Masjid ini mempunyai keindahan dan keunikan tersendiri berbanding dengan masjid lain yang telah dibina. Masjid ini dibina di atas air di muara Sungai Ibai yang sekaligus menjadikan masjid terapung yang terulung di Malaysia. 

Keluasan 1,372 meter persegi dan menara setinggi 30 meter, masjid ini mampu menampung jemaah sehingga 1,000 orang. Dengan gabungan hiasan taman, warna langit yang membiru, kilauan cahaya matahari dari permukaan air yang mengelilingi masjid itu serta tiupan angin dari Laut China Selatan, pastinya ia menjadi masjid yang paling nyaman dan mendamaikan memberi erti betapa keagungan syiar Islam terangkum dalam suatu bentuk tamadun yang terus berkembang. 


6. Masjid Muhammadi 

Masjid Muhammadi merupakan Masjid Negeri dan terletak di Kota Bharu. Nama Masjid Muhammadi diambil sempena nama Sultan Muhammad ke-IV yang sangat berjasa kepada Negeri Kelantan. Ia juga dipanggil sebagai "Masjid Besar" di kalangan sesetengah rakyat Kelantan. Pada asalnya masjid ini diberi nama sebagai Masjid Besar Kota Bharu. Masjid ini telah dibina pada tahun 1867 pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad II (1830 - 1886) dengan menggunakan kayu-kayu yang terpilih. 

Pengubahsuaian bangunan masjid daripada kayu kepada struktur konkrit telah dilakukan pada tahun 1922 dan telah dirasmikan oleh oleh KDYMM Baginda Sultan Ismail Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV pada 31 Julai 1931, dan dinamakan sebagai Masjid Muhammadi. Luas keseluruhan masjid kini adalah 10,600 kaki persegi dan boleh memuatkan seramai 2,400 orang ahli jemaah. 

Peranan Masjid Muhammadi di dalam penyebaran dan pendidikan Islam di Kelantan amatlah istimewa. Di sinilah beberapa ulama besar Negeri Kelantan telah mengajar pelbagai ilmu agama. Di antaranya ialah Tuan Taba (1840-1891), Haji Wan Ali Kutan (1837-1912) dan Tok Kenali (1868-1933). Sistem pengajaran di masjid ini mempunyai persamaan dengan pengajaran di Masjidil Haram, Makkah di mana pelajar akan ke Makkah untuk menyambung pelajaran mereka setelah tamat pengajian di masjid ini. Masjid ini menjadi pusat penyebaran ilmu agama yang masyhur di Nusantara sehingga Kelantan dikenali sebagai "Serambi Mekah". 


7. Masjid Negeri Sabah 

Masjid Negeri Sabah merupakan masjid negeri bagi negeri Sabah. Masjid ini dibina di kawasan seluas 14.5 ekar. Terletak di kawasan  strategik bulatan Sembulan antara Jalan Mat Salleh dan Jalan Sembulan. Di masjid inilah letaknya Makam Pahlawan Sabah, iaitu tempat bersemadinya tokoh-tokoh Sabah terkenal. Antaranya Tun Fuad Stephens (Donald Stephens), Tun Mohd Hamdan Abdullah, Tun Pengiran Ahmad Rafae, Tun Said Keruak dan Tun Mohd Adnan Robert. 


8. Masjid Ubudiah 

Masjid Ubudiah ialah sebuah masjid di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak yang dianggap salah satu masjid terindah di Malaysia dan merupakan simbol kebanggaan dan kepercayaan untuk kaum Muslim di Perak. Kubah emas dan menara masjid adalah bukti dari keindahan senibina Islam. Masjid Ubudiah dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Jalil Karamatullah Shah pada tahun 1917. 

Dari segi latar belakang sejarahnya Masjid Ubudiah yang terletak berhampiran dengan Istana Iskandariah ini, adalah merupakan masjid nazar. Ia diasaskan oleh Sultan Idris untuk membayar nazar kerana baginda telah pulih dari penyakitnya. Pembangunan Masjid Ubudiah bermula dari zaman Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I, Sultan Perak ke-28. Pada hari Jumaat, 26 September 1913, Sultan Idris Shah I, telah meletakkan batu asas masjid tersebut. Masjid ini telah siap dibina dan dibuka dengan rasminya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah (1916-1918.), Sultan yang ke-29, pada tahun 1917. 

Seni reka yang diilhamkan oleh Encik Hubbeck telah menjadikan Masjid Ubudiah salah satu masjid yang mempunyai nilai seni reka yang bermutu tinggi sehingga ia mendapat tempat dalam peta pelancongan Malaysia. Masjid ini berbentuk oktagon dan mempunyai 4 buah menara setinggi 126 kaki serta dikelilingi oleh kubah-kubah di bahagian dalam yang mana tiap-tiap satu garis pusatnya berukuran sepanjang 60 kaki. Bahagian-bahagian dalam dinding dan lantai masjid ini menggunakan batu marmar berwarna merah dan putih yang dibawa khas dari Itali dan London. 


9. Masjid Putra 

Masjid Putra terletak di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Masjid ini merupakan simbolik dan mercu tanda di Putrajaya. Masjid ini dinamakan sempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj. Pembinaan masjid ini bermula pada 1997 dan disiapkan dua tahun kemudian pada 1999. 

Kos pembinaan masjid ini menelan belanja kira-kira RM 250 juta dan kos penyelenggaraan anggaran RM 100 ribu. Pembinaan masjid ini berkonsepkan 2 konsep iaitu Timur Tengah dan Tradisional Melayu. Masjid ini terletak bersebelahan dengan Perdana Putra, pejabat Perdana Menteri Malaysia dan bersebelahan dengan Tasik Putrajaya. 


10. Masjid Wilayah Persekutuan 

Pembinaan masjid ini direalisasikan pada tahun 1996 dan siap dibina pada tahun 2000. Masjid ini terletak di di sebuah kawasan berbukit di Jalan Duta, berhampiran susur masuk ke pusat bandaraya Kuala Lumpur. Berkonsepkan ‘Masjid dalam Taman’ dan menggunakan konsep tradisi masjid-masjid Othmaniah di Turki. Boleh menampung seramai 17,000 orang jemaah pada satu-satu masa. Keluasan keseluruhan bangunan adalah kira-kira 47,000 meter persegi. Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan, masjid ini merupakan masjid yang termoden di Malaysia pada masa kini.

Monday, 29 September 2014

Bila Mahu Berpuasa Arafah?


Setiap kali pengumuman tarikh 1 Zulhijjah di Malaysia berbeza dengan di Arab Saudi maka kita akan dapati terdapat sedikit kekeliruan di kalangan umat Islam di Tanah Air kita untuk mengerjakan ibadat puasa sunat hari Arafah.
Pada tahun ini kita sekali lagi mengalami perbezaan ini maka timbullah pendapat sesetengah pihak yang ingin mengikut taqwim Hijrah kerajaan Arab Saudi untuk melakukan puasa sunat 9 Zulhijjah tersebut pada 3hb Oktober 2014 (Jumaat) kerana jemaah haji akan berkumpul di Arafah pada hari tersebut. Mereka ini tidak akan mengikut puasa sunat 9 Zulhijjah yang jatuh pada 4 Oktober (Sabtu) untuk Malaysia.
Kenapa perlu timbul kekeliruan ini?
international datelineIni kerana kita terpengaruh dengan kaedah taqwim suria yang menentukan tarikh untuk kalendar Masehi beserta dengan penetapan Garisan Tarikh Antarabangsa (International Date Line) yang disepakati seluruh dunia yang mengguna kedudukan London (atau lebih tepat bandar Greenwich) sebagai pusat dunia (ketika penjajah British menguasai dunia).
Dengan berdasarkan persetujuan ini maka, seluruh dunia mengira bermula hari baru berdasarkan pergerakan matahari dan garisan maya di tengah lautan Pasifik (garisan ini tidak lurus pun! – jangan kita mudah tertipu lakaran mereka) jadi pemisah antara hari ini dan semalam.
Bagi umat Islam, taqwim kita berdasarkan pergerakan bulan bukannya suria.
Maka pertukaran tarikh dan bulan bagi kita ialah bermula dengan terbitnya anak bulan yang baru sebagai permulaan tarikh baru untuk satu-satu bulan dalam taqwim Hijrah.
Saya bukan seorang pakar bidang falaq, tetapi dengan sedikit ilmu asas yang kita pelajari untuk memahami tarikh penentuan puasa sepatutnya sudah cukup untuk kita faham perbezaan penentuan tarikh dalam taqwin Hijrah berbanding dengan taqwin Masehi.
Kita perlu tahu terbitnya anak bulan di kawasan-kawasan di muka bumi ini tidak mengikut garis lurus dari atas ke bawah pada peta dunia. Jika anak bulan baru terbit untuk Malaysia pada hari ini, pada logik peredaran bumi dan pergerakan bulan (dengan jarak Arab Saudi dengan kita) maka Arab Saudi akan juga menuruti Malaysia untuk mulakan tarikh baru untuk bulan Hijrah pada hari sama.
Tetapi jika waktu maghrib telah melepasi Malaysia dan anak bulan tidak juga terbit, dan katakan terbitnya bermula dari Sri Lanka, maka Sri Lanka dan kawasan seterusnya selepas ini akan memulakan hari pertama mereka pada hari itu tetapi tidak untuk Malaysia. Malaysia akan memulakan tarikh pertama bulan baru Hijrah pada keesokkannya jika kita banding berdasar taqwim Masehi.
Tetapi sebenarnya, tarikh pertama bulan baru Hijrah kita adalah pada tarikh yang kita nampak anak bulan (atau mengikut perkiraan falaq) bukan kita kira tarikh mengikut kiraan berdasarkan penetapan tarikh mengikut Garisan Tarikh Antarbangsa – International Date Line) itu.
Kita lupa akan tamaddun keilmuan kita mempunyai asas yang berbeza. Jangan kita letakkan kotak pemikiran kita berdasar penetapan “barat” dalam penentuan hari dan tarikh.
Untuk itu, bersesuaian sekali kita puasa sunat Arafah pada 9 Zulhijjah mengikut ketetapan tarikh yang dipersetujui oleh pemegang mohor Raja-raja – iaitu hari Raya Haji jatuh pada 5 Oktober, Ahad dan kita puasa pada hari Sabtu, 4 Oktober.
Majlis fatwa kebangsaan dah sebut bahawa kita perlu berpuasa Arafah pada 9 Zulhijjah tanpa melihat bila para jemaah Haji melakukan wuquf. Malah pakar rujuk Haji, Datuk Fadzil Awang turut mengatakan umat Islam disunatkan berpuasa pada 4 Oktober ini, bersamaan hari sabtu ini. Beliau berkata, umat Islam di Malaysia tidak perlu berpuasa sunat Arafah mengikut kalendar Arab Saudi yang menetapkan 9 Zulhijjah jatuh pada 3 Oktober.
Malah, Majlis Fatwa Indonesia telah menetapkan Puasa Hari Arafah pada 9 Zulhijjah, bukannya berpuasa ketika mana para jemaah Haji sedang melaksanakan wuquf.
Wallahu a’lam

__________________________
Rujukan:
http://akarimomar.wordpress.com/2014/09/26/kekeliruan-untuk-puasa-sunat-arafah-timbul-bila-tarikh-berbeza-dengan-saudi/
http://felixsiauw.com/home/tentang-perbedaan-penentuan-ied-adha-dan-puasa-arafah/
http://www.bharian.com.my/node/8069