Aku sebenarnya malas nak tulis pasal benda ni. Buktinya, dah berbelas hari MH370 hilang, dan kini telah disahkan terhempas di selatan Lautan Hindi (walaupun hingga kini tidak ditemui rangkanya). Jadi, kenapa baru nak tulis sekarang? sebab ramai yang bertanya pendapatku tentang tragedi ini.
Kalau nak mengharapkan aku bercerita tentang spekulasi, teori atau konspirasi, maaf, ini bukan tempatnya.
Kronologi kehilangan pesawat ini, semua sudah tahu kan?
Jadi, bila berita tentang kehilangan pesawat ini mula tersebar, ramai yang mahu jadi hero, mahu jadi orang yang pertama update status and share pada orang ramai. Fakta itu mereka ambil dari mana? Dunia internet. Ada yang kata pekerja pelantar minyak nampak pesawat terhempas la, yang mengaku kolenal atau apa, kata dah jumpa serpihan. Sedangkan dalam tv, dah ada siaran secara langsung. Maknanya, kalau dah jumpa, memang dalam berita akan dapat tahu dulu.
Ni, bila kata waris penumpang dibawa ke KLIA, dan diterbangkan ke satu lokasi rahsia, mula la kata MAS menyembunyikan sesuatu. Hakikatnya, waris semua dikumpul sahaja, bersiap sedia untuk dibawa ke lokasi kejadian, andai dijumpai. Kenapa timbul berita ini? Yang kata MA sembunyikan sesuatu? Sebab copy and paste kat internet. Sedangkan dalam tv dah bagitahu waris dikumpulkan dahulu, agar mudah untuk terus diterbangkan jika pesawat sudah ditemui.
Pentingnya untuk mengambil maklumat daripada pihak primeir daripada pihak sekunder.
Dan banyak lagi la cerita-cerita aneh.
Ada mak cik yang baru balik dari umrah, kata dia nampak pesawat yang nak tenggelam di dalam lautan sewaktu beliau di dalam penerbangan dari Jeddah menuju ke Malaysia. Ramai yang percaya, itulah pesawat MH370, lebih-lebih lagi PM dah umumkan yang pesawat itu terhempas di Lautan Hindi. Kalau betul, memang aku respect pada mak cik ni, sebab ada mata macam Superman. Kenapa aku kata macam tu? Sebab, ketika pesawat mak cik tu terbang di Lautan Hindi, pesawat pastinya berada di ketinggian 35ribu kaki (bersamaan 10km). Agak-agak, kalau mak cik tu tengok dari tingkap pesawat, boleh nampak ke pesawat yang tenggelam di lautan tu? Memang comfirm tak nampak! Pada ketinggian tu, kita hanya nampak awan je. Tak caya? Tanya pada mereka yang dah biasa naik pesawat. Kalau awan tak ada sekalipun, boleh ke mak cik tu nampak pesawat yang nak tenggelam pada jarak 10km? Lain la kalau pesawat tu nak mendarat atau baru je nak terbang. Memang time tu, kita boleh la nampak pemandangan bumi dari tingkap pesawat. Lagipun, pesawat MH370 sebenarnya terhempas di selatan Lautan Hindi, nun berdekatan dengan Antartika, amat jauh daripada lokasi perjalanan pesawat Jeddah-Malaysia yang dinaiki oleh pesawat mak cik itu!
Aku tak la kata mak cik ni penipu. Tapi fikir-fikir la. Lagipun, mak cik ni kan baru balik dari umrah. Mungkin juga dia diberikan karamah ke, dapat melihat benda yang ghaib. Itu aku tak tahu.
Lagi, Chris goodfellow yang ada pengalama 20 tahun sebagai juruterbang mempunyai teorinya sendiri. Dah baca teori dia kan?
Dia kata, pesawat mungkin berlaku masalah seperti kebakaran, membuatkan Kapten kapal membuat pusingan kiri yang tajam. Arahnya? Lapangan terbang Antarabangsa Langkawi. Sebab? Kena buat pendaratan dengan segera. Kenapa tak berpatah balik ke KLIA? sebab kalau nak kembali ke KLIA, kena lalui Banjaran Titiwangsa. Ada risikonya, dan jika mendarat di Langkawi, lebih selamat. Jalannya lurus.
Persoalannya, kalau la pesawat memang nak buat pendaratan kecemasan dengan segara, kenapa tak mendarat saja di Kota Bharu atau di Kuala Terengganu? Bukankah lebih dekat? Malah, landasan Lapangan Terbang di Kuala Terengganu cukup panjang untuk mendaratkan pesawat besar seperti MH370. Paling penting, kedua-dua lapangan terbang ini paling dekat dengan titik permasalahan pesawat ini muncul. Oh, pak cik mat salleh ni mungkin tak tahu mengenai kewujudan du lapangan terbang ini kot. Iyea la, orang luar. Airport Langkawi, dia tahu la, sebab Langkawi tu International Airport. Tapi agak-agak, kapten kapal tak kan la tak tahu mengenai kewujudan dua buah lapangan terbang ini. Betul tak?
Mungkin Kapten tak biasa mendarat di kedua-dua lapangan terbang ini kot? Dia lebih yakin untuk mendaratkan pesawat yang di dalam masalah di Langkawi. Kita tak tahu kan. Dia lebih tahu. Jangan persoalankan kemampuan kapten kapal.
Apa? Ada bomoh kata pesawat ni 'tersangkut' di langit? Aku tak nak kupas. Nanti tak pasal-pasal kena penampar macam yang kaum buaya kena, naya aku dibuatnya.
Mengapa Boleh Terhempas di Hujung Dunia?
Masalah terbesar sekarang, macam mana pesawat itu boleh terhempas jauh di laluan asalnya?
Awalnya, aku andaikan memang pesawat hadapi masalah (memang pasti la pesawat hadapi masalah). Mungkin kapten dengan co-pilot dalam keadaan tak sedar (lemas akibat kebakaran contohnya), membuatkan pesawat terbang dalam keadaan auto-pilot. Maknanya apa? Maknanya, pesawat terbang dengan sendiri, setelah disetkan kedudukan. Pesawat terus terbang, hingga habis minyak dan terhempas di selatan Lautan Hindi. (Ini ya, teori asal aku)
Tapi aku jadi pelik, kenapa kapal terbang ni terbang tanpa dapat dikesan oleh radar? sebab, pesawat ini melalui kawasan yang tiada radar, atau yang lemah sistem pertahan negaranya. Tengok la sendiri, pesawat ini tidak terus potong kepulauan Indonesia, sebaliknya lalu di kawasan laut. Kenapa? Sebab tak nak dikesan oleh radar negara Indonesia ke? Tak rasa musykil? Kalau pesawat tu lalu kawasan kepulauan Indonesia, memang tentera udara Indonesia boleh ditect kewujudan pesawat tu. Tapi, dia tak lalu pun kawasan tu. Aku rasa musykil. Takkan auto-pilot boleh disetkan untuk lalu di kawasan yang lemah radarnya?
Aku tak tahu akan hal ini. Cuma rasa pelik. kalau tak tahu, jangan buat tahu, nanti terserlah kebodohan kita.
Konspirasi?
Persoalan besar yang timbul sekarang, adakah ini merupakan satu konspirasi?
Ada yang menolak, sebab katanya benda ini melibatkan nyawa ratusan orang yang tidak bersalah. Kalau tanya aku, aku tak tahu. Kalau tak jumpa kotak hitam, memang kita sekadar boleh berteori saja. Tapi bagi aku sendiri, alasan yang kata mustahil ini konspirasi kerana melibatkan nyawa ratusan orang yang tidak bersalah adalah satu alasan yang dangkal. Sebab apa? Sebab kalau dah nama pun konspirasi, mereka memang tak kisah langsung untuk membunuh ratusan, malah ribuan atau berjuta nyawa yang tidak bersalah, asalkan impian mereka tercapai. Itu faktanya!
Orang Yahudi, atau pemimpin besar Amerika. Faham-faham sajalah. Mereka sanggup membuat konspirasi yang cukup teliti, sanggup membunuh ratusan ribu nyawa insan yang tak bersalah untuk menghidupkan lakonan konspirasi itu, lalu mereka melaksanakan tugas dengan baik.
Buktinya, tengok la sendiri tragedi 11september. Siapa yang tak tahu lagi benda ni adalah konspirasi? Bagi aku, aku yakin ini memang konspirasi yang cukup kejam daripada 'mereka'. Mereka sanggup bunuh ratusan ribu nyawa di dalam bangunan WTC (tapi nyawa bangsa Yahudi tak ada langsung yang terkorban. Tak pelik?). Lalu, atas alasan itu, mereka menyerang dan menawan Afghanistan atas nama mahu membendung pengganas. Di Afghanistan, lagi la ramai mereka bunuh nyawa insan yang tak berdosa, kan?
Tambahan fakta. Hakikatnya, setiap pesawat Boeing boleh dikawal melalui kawalan jarak jauh. Bermakna, kalau kapten kapal dah bertungkus lumus mengawal pesawat sekalipun, dia memang tak boleh buat apa, jika pesawat itu sudah dihajack, dan pesawat itu sudah dikawal dari jarak jauh. Ini faktanya. Boleh tanya pak cik google. Agak-agak, MH370 ini dikawal dari jarak jauh ke? Aku tak tahu. Tapi yang aku tahu, benda ni boleh terjadi la.
Jadi, adakah tragedi MH370 adalah satu konspirasi? Kalau tanya aku, aku jawab sekali lagi, aku tak tahu. Tapi benda ni, memang boleh jadi. Aku ulang sekali lagi, 'pihak-pihak ini' memang sanggup bunuh ratusan nyawa insan yang tidak bersalah, semata-mata mahu mencapai objektif mereka.
Apakah sebenarnya yang terjadi kepada MH370?
Jawapan yang terbaik? Katalah, kita tak tahu. Noktah. Jangan buat-buat tahu, takut kita tergolong di dalam golongan yang menyebarkan berita palsu. Lagi teruk kalau kita tergolong di dalam golongan yang menyebarkan fitnah. Minta simpang. sekarang, kita berdoa yang terbaik sahaja. Jangan sekadar berdoa untuk MH370, tetapi doakan keselamatan negara kita yang tercinta. Tragedi ini sendiri telah membuka pekong akan kelemahan keselamatan pertahanan Malaysia di mata dunia. Benda ni, lebih bahaya sebenarnya.
Apa lagi yang boleh dibuat? Harapnya, lepas ni MAS tak lagi hidangkan arak di dalam penerbangan. Pramugari pun, pakai la yang menutup aurat. Boleh, bukan tak boleh. Lagi, sebelum nak berlepas tu, baca la doa menaiki kenderaan. Tak susah pun, malah kebanyakan syarikat penerbangan Arab (ke, semua?) memang membaca doa menaiki pesawat sebelum pesawat itu terbang. Kalau baca doa, kan tenang hati para penumpangnya.
Harapanku, biarlah ini tragedi yang terakhir daripada MAS.
Jangan ada spekulasi lagi. Biarlah mereka yang membuat kerja mereka. Kerja kita? Jangan putus berdoa. Sedekahkah Al-Fatihah kepada kru dan penumpang MH370 lebih mulia nilainya.
-:: Pray 4 MH370, and pray 4 Malaysia ::-
Penulisan yang baik sahabat.
ReplyDelete