Tuesday, 23 September 2014

Azan Tanpa Muazzin di Sweden?


Anda pernah mendapat video di whatsapp atau media-media yang sewaktu dengannya, berkenaan masjid yang tetap azan walaupun telah ditutup?

Ayat di bersama video itu seperti berikut;

Kejadian ini berlaku d sweden. Masjid ini telah di arahkan oleh pemerintah supaya semua aktivitynya d hentikan dn masjid ini juga d tutup.. tidak ada lagi supply electric dn d kawal rapi..tapi dgn kuasa allah setiap waktu sholat masih berkumandang azan walaupun sudah tidak ada sesiapapun muazin yg melakukan azan.. allah menunjukkn kebesarannya.. allah hu akbar..

Kalau dapat, jangan cepat percaya, dan terus sebarkan pula kepada group dan jiran sebab. Sebab berita itu tidak sahih!

Hakikatnya, video itu berlangsung ketika mana azan pertama kali dilaungkan di bumi Sweden. Boleh baca berita di bawah, yang saya ambil di utusan online.

__________

STOCKHOLM 12 April - Sebuah masjid di sini dibenarkan untuk melaungkan azan solat Jumaat menggunakan pembesar suara di menara, sekali gus menjadi masjid pertama di Sweden untuk berbuat demikian.

Ketua Persatuan Islam di Botkyrka, Ismail Okur menyuarakan rasa gembira dan bersyukur selepas pihak berkuasa Sweden memberi kebenaran tersebut.

Ismail berkata, pihaknya telah meminta kebenaran untuk melaungkan azan solat Jumaat menggunakan pembesar suara di masjid Fittja.

Masjid tersebut dibenarkan melaungkan azan dalam tempoh tiga minit hingga lima minit antara pukul 12 tengah hari hingga 1 petang pada setiap hari Jumaat. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130412/lu_06/Sweden-benar-masjid-laung-azan-solat-Jumaat#ixzz3E7WL51nR
© Utusan Melayu (M) Bhd 


_________

Kalau rasa tak percaya juga, boleh seach di youtube. Taip sahaja 'azan pertama di Sweden', dan anda akan dapati video yang sama!

Kalau malas nak seach, buka link di bawah.

https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&ei=0B4hVLSyM5LluQTi0IKgAQ&url=http://www.youtube.com/watch%3Fv%3DmXZuy4YdnMQ&cd=1&ved=0CB4QtwIwAA&usg=AFQjCNFXJrhPEewK5LLw4OJXwSzEi06x5g

Kesimpulannya, jangan mudah terpedaya.

Wassalam

No comments:

Post a Comment