Thursday, 27 March 2014

Kelebihan Membaca Surah Al-Kahfi


Pengenalan Surah Al-Kahfi

Surah al-Kahfi mempunyai 110 ayat.  Ia merupakan surah Makkiyah.  Di dalamnya terdapat mesej-mesej aqidah yang didatangkan sebahagiannya dalam bentuk cerita. Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim, kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada ALLAH, kisah Nabi Musa dan Khidir, dan kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj.

Surah ini juga mengajar ummat Islam agar apabila berjanji, hendaklah mengatakan “in sha’ ALLAH”.  Ia suatu kalimah yang sangat penting.  

"Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan tentang sesuatu: Sesungguhnya aku akan mengerjakan ini besok pagi, kecuali (dengan menyebut); 'Insya Allah'." (QS al-Kahfi [16]:23-24)

Antara asbab turunnya beberapa ayat di dalam surah al-Kahfi ialah kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ditanya oleh orang-orang musyrik tentang 3 perkara iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Dzulqarnain dan tentang ruh.  Namun, wahyu tidak turun kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam tidak menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji untuk menjawab tiga persoalan tersebut.  Selepas beberapa ketika dan agak lama menunggu wahyu, akhirnya turunlah ayat yang menyuruh Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji, diturunkan sekali jawapan-jawapan dari ALLAH tentang 3 persoalan tersebut.

Kelebihan Membaca Surah Al-Kahfi

Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi.  Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.


1. Dijauhi Daripada Fitnah Dajjal
‘Jika seseorang membaca sepuluh ayat terakhir dari surat Al-Kahfi, ia akan terlindungi dari fitnah Dajjal’ (HR. Muslim no. 809)
“Barang siapa yang membaca sepuluh ayat pertama dari surah al-Kahfi maka akan dijaga dari dajjal.” Dan di dalam riwayat yang lain disebutkan, “Barang siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surat al-Kahfi maka akan dijaga dari dajjal.” (HR. Muslim)

2. Diterangi Hidupnya Dengan Cahaya

قال البيهقي : أخبرنا محمد بن عبد الله الحاقظ، أنبأنا أبو بكر محمد بن المؤمل، ثنا الفضل بن محمد الشعراني، ثنا نعيم بن حماد، ثنا هشيم أنبأنا أبو هاشم عن أبي مجلز، عن قيس بن عباد، عن أبي سعيد الخدري ، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : من قرأ سورة الكهف في يوم الجمعة، أضاءله من النور ما بين الجمعتين. رواه البيهقي في السنن الكبرى في كتاب الجمعة، باب ماسؤمر به في ليلة الجمعة ويومها من كثرة الصلاة على رسول الله وقراءة سورة الكهف وغيرها ؟، مجلد 4، ص : 530 ط : دار الفكر 
Ertinya : Rasulullah bersabda: Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya dari jumaat yang dia baca kepada jumaat yang berikutnya. ( H.R Baihaqi)

قال الحاكم : عن أبي بكر بن المؤمل: حدثنا الفضل بن محمد الشعراني، حدثنا نعيم بن حماد، حدثنا هشيم،حدثنا أبو هاشم، عن أبي مجلز عن قيس بن عباد ، عن أبي سعيد، عن النبي صلى الله عليه وسلم، أنه قال : من قرأ سورة الكهف في يوم الجمعة، أضاء له من النور ما بينه وبين الجمعتين، ثم قال : هذا الحديث صحيح الإسناد، ولم يخرجاه
Ertinya : Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya diantara dua kali jum`at. ( H.R Hakim didalam Mustadrak)
قال السيوطي في الجامع الصغير : عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : من قرأ سورة الكهف يوم الحمعة أضاءله النور ما بينه وبين البيت العتيق ( هب ) عن أبي سعيد، ورمزه بالحسن 
Ertinya : Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya diantaranya dan Bait `Atiq.

Ini sebahagian hadits yang menceritakan tentang kelebihan membaca surah Al-Kahfi.

Moga kita dapat menggunakan peluang yang Allah hidangkan kepada kita dengan sebaiknya.

Rujukan: 

50 Fungsi Mykad yang Tidak Ramai Diketahui Oleh Rakyat Malaysia



HAIRAN dan PELIK....KENAPA BERITA yang BAIK susah orang terima tetapi kalau BERITA YANG BURUK cepat sangat tersebar?..Nak kata tiada kesedaran pun xbole...rugi saje kerajaan habiskan BERJUTA-JUTA ringgit tuk hasilkan IDENTITY CARD atau Kad Pengenalan Diri..


Percaya atau tidak IC kita boleh digunakan untuk BERJIMAT dan saya percaya bahawa MULTIMEDIA SUPER CORRIDOR (MSC) , Multimedia Development Corporation (MDeC) beserta dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara serta Badan-badan kerajaan dan Bukan Badan Kerajaan telah memilih secara bijak untuk membukukan AFFILIATE MARKETING ke dalam BUKU " MORE WITH MYKAD" terbitan MDeC sendiri sebagai aplikasi yang ke-50. KALAU ANDA RASA INI TIPU? MAIN-MAIN? MLM KE?



Mendapat sokongan dari JPN & MDEC. Betul ke ni? Jom tengok sendiri website JPN sendiri - di senaraikan sebagai fungsi rasmi ke-50 aplikasi MyKad http://www.jpn.gov.my/informasi/pelbagai-kegunaan-mykad



Eh, semua orang ada mykad ke? Mestilah ada, bukan.

tersangatlah RUGI jika anda tidak mengaktifkan MyKad anda. Lebih penting, maklumat di dalam mykad anda DIJAMIN SELAMAT. Siapa yang jamin? Pengarah Projek Pintar JPJ sendiri...



Ini projek yang pertama di Malaysia! Namanya Mykad Smart Shopper Program (MSSP). Fungsinya? Mudah kata, macam BonusLink la, tapi lebih memudahkan. Sebab apa? Sebab kita tidak perlu untuk membawa kad tambahan di dalam dompet kita! Hebat, kan?


kenapa nak aktifkan? 



Anda boleh saving/jimat...pergi makan dpt diskaun, dobi dpt diskaun, pergi farmasi dapat diskaun,check in hotel dpt diskaun dan mcm2 lagi diskaun di lebih 700 merchant yg berdaftar seluruh Malaysia. merchant2 akan bertambah ye anda semua... Hebat, kan? Siapa yang tidak suka dengan diskaun? Bukan sekadar diskaun sahaja, tapi dapat mata ganjaran lagi!





Siapa yang tiada mykad? Siapa yang tidak suka dengan diskaun? Siapa yang tidak mahu membeli belah? Siapa yang tidak suka mata ganjaran? Jadi, marilah kita aktifkan mykad kita untuk perolehi diskaun dan mata ganjaran. Lebih seronok, pengaktifan ini secara PERCUMA.!!!

Tapi, macam mana kita nak tahu merchant yang beri diskaun pada kita hanya dengan mykad ni ya?

Ha, dah aktifkan mykad, boleh install aplikasi mssp discover di playstore. Free je! Dalam aplikasi ini, bukan sekadar tunjuk merchant yang beri diskaun sahaja, malah siap tunjukkan jalan pada kita lagi, macam papago!


Jadi... Bagaimana mahu mengaktifkan?

Amat senang. Boleh buka link di bawah ini:


http://mssp-sys.aj.my/JoinUs/JoinUs.aspx?a=ZNl6hyxv6nO2irVVTzzkng%3d%3d

Diulang, pengaktifan secara PERCUMA. Saya hanya mahu membantu anda semua untuk berjimat. Jadi, mari berjimat mulai sekarang..!!!

Wednesday, 26 March 2014

Misteri Di Sebalik MH370

Aku sebenarnya malas nak tulis pasal benda ni. Buktinya, dah berbelas hari MH370 hilang, dan kini telah disahkan terhempas di selatan Lautan Hindi (walaupun hingga kini tidak ditemui rangkanya). Jadi, kenapa baru nak tulis sekarang? sebab ramai yang bertanya pendapatku tentang tragedi ini.

Kalau nak mengharapkan aku bercerita tentang spekulasi, teori atau konspirasi, maaf, ini bukan tempatnya.

Kronologi kehilangan pesawat ini, semua sudah tahu kan?


Jadi, bila berita tentang kehilangan pesawat ini mula tersebar, ramai yang mahu jadi hero, mahu jadi orang yang pertama update status and share pada orang ramai. Fakta itu mereka ambil dari mana? Dunia internet. Ada yang kata pekerja pelantar minyak nampak pesawat terhempas la, yang mengaku kolenal atau apa, kata dah jumpa serpihan. Sedangkan dalam tv, dah ada siaran secara langsung. Maknanya, kalau dah jumpa, memang dalam berita akan dapat tahu dulu.

Ni, bila kata waris penumpang dibawa ke KLIA, dan diterbangkan ke satu lokasi rahsia, mula la kata MAS menyembunyikan sesuatu. Hakikatnya, waris semua dikumpul sahaja, bersiap sedia untuk dibawa ke lokasi kejadian, andai dijumpai. Kenapa timbul berita ini? Yang kata MA sembunyikan sesuatu? Sebab copy and paste kat internet. Sedangkan dalam tv dah bagitahu waris dikumpulkan dahulu, agar mudah untuk terus diterbangkan jika pesawat sudah ditemui.

Pentingnya untuk mengambil maklumat daripada pihak primeir daripada pihak sekunder.

Dan banyak lagi la cerita-cerita aneh.

Ada mak cik yang baru balik dari umrah, kata dia nampak pesawat yang nak tenggelam di dalam lautan sewaktu beliau di dalam penerbangan dari Jeddah menuju ke Malaysia. Ramai yang percaya, itulah pesawat MH370, lebih-lebih lagi PM dah umumkan yang pesawat itu terhempas di Lautan Hindi. Kalau betul, memang aku respect pada mak cik ni, sebab ada mata macam Superman. Kenapa aku kata macam tu? Sebab, ketika pesawat mak cik tu terbang di Lautan Hindi, pesawat pastinya berada di ketinggian 35ribu kaki (bersamaan 10km). Agak-agak, kalau mak cik tu tengok dari tingkap pesawat, boleh nampak ke pesawat yang tenggelam di lautan tu? Memang comfirm tak nampak! Pada ketinggian tu, kita hanya nampak awan je. Tak caya? Tanya pada mereka yang dah biasa naik pesawat. Kalau awan tak ada sekalipun, boleh ke mak cik tu nampak pesawat yang nak tenggelam pada jarak 10km? Lain la kalau pesawat tu nak mendarat atau baru je nak terbang. Memang time tu, kita boleh la nampak pemandangan bumi dari tingkap pesawat. Lagipun, pesawat MH370 sebenarnya terhempas di selatan Lautan Hindi, nun berdekatan dengan Antartika, amat jauh daripada lokasi perjalanan pesawat Jeddah-Malaysia yang dinaiki oleh pesawat mak cik itu!

Aku tak la kata mak cik ni penipu. Tapi fikir-fikir la. Lagipun, mak cik ni kan baru balik dari umrah. Mungkin juga dia diberikan karamah ke, dapat melihat benda yang ghaib. Itu aku tak tahu.

Lagi, Chris goodfellow yang ada pengalama 20 tahun sebagai juruterbang mempunyai teorinya sendiri. Dah baca teori dia kan?


Dia kata, pesawat mungkin berlaku masalah seperti kebakaran, membuatkan Kapten kapal membuat pusingan kiri yang tajam. Arahnya? Lapangan terbang Antarabangsa Langkawi. Sebab? Kena buat pendaratan dengan segera. Kenapa tak berpatah balik ke KLIA? sebab kalau nak kembali ke KLIA, kena lalui Banjaran Titiwangsa. Ada risikonya, dan jika mendarat di Langkawi, lebih selamat. Jalannya lurus.

Persoalannya, kalau la pesawat memang nak buat pendaratan kecemasan dengan segara, kenapa tak mendarat saja di Kota Bharu atau di Kuala Terengganu? Bukankah lebih dekat? Malah, landasan Lapangan Terbang di Kuala Terengganu cukup panjang untuk mendaratkan pesawat besar seperti MH370. Paling penting, kedua-dua lapangan terbang ini paling dekat dengan titik permasalahan pesawat ini muncul. Oh, pak cik mat salleh ni mungkin tak tahu mengenai kewujudan du lapangan terbang ini kot. Iyea la, orang luar. Airport Langkawi, dia tahu la, sebab Langkawi tu International Airport. Tapi agak-agak, kapten kapal tak kan la tak tahu mengenai kewujudan dua buah lapangan terbang ini. Betul tak?

Mungkin Kapten tak biasa mendarat di kedua-dua lapangan terbang ini kot? Dia lebih yakin untuk mendaratkan pesawat yang di dalam masalah di Langkawi. Kita tak tahu kan. Dia lebih tahu. Jangan persoalankan kemampuan kapten kapal.

Apa? Ada bomoh kata pesawat ni 'tersangkut' di langit? Aku tak nak kupas. Nanti tak pasal-pasal kena penampar macam yang kaum buaya kena, naya aku dibuatnya.


Mengapa Boleh Terhempas di Hujung Dunia?

Masalah terbesar sekarang, macam mana pesawat itu boleh terhempas jauh di laluan asalnya?


Awalnya, aku andaikan memang pesawat hadapi masalah (memang pasti la pesawat hadapi masalah). Mungkin kapten dengan co-pilot dalam keadaan tak sedar (lemas akibat kebakaran contohnya), membuatkan pesawat terbang dalam keadaan auto-pilot. Maknanya apa? Maknanya, pesawat terbang dengan sendiri, setelah disetkan kedudukan. Pesawat terus terbang, hingga habis minyak dan terhempas di selatan Lautan Hindi. (Ini ya, teori asal aku)

Tapi aku jadi pelik, kenapa kapal terbang ni terbang tanpa dapat dikesan oleh  radar? sebab, pesawat ini melalui kawasan yang tiada radar, atau yang lemah sistem pertahan negaranya. Tengok la sendiri, pesawat ini tidak terus potong kepulauan Indonesia, sebaliknya lalu di kawasan laut. Kenapa? Sebab tak nak dikesan oleh radar negara Indonesia ke? Tak rasa musykil? Kalau pesawat tu lalu kawasan kepulauan Indonesia, memang tentera udara Indonesia boleh ditect kewujudan pesawat tu. Tapi, dia tak lalu pun kawasan tu. Aku rasa musykil. Takkan auto-pilot boleh disetkan untuk lalu di kawasan yang lemah radarnya?

Aku tak tahu akan hal ini. Cuma rasa pelik. kalau tak tahu, jangan buat tahu, nanti terserlah kebodohan kita.


Konspirasi?

Persoalan besar yang timbul sekarang, adakah ini merupakan satu konspirasi?

Ada yang menolak, sebab katanya benda ini melibatkan nyawa ratusan orang yang tidak bersalah. Kalau tanya aku, aku tak tahu. Kalau tak jumpa kotak hitam, memang kita sekadar boleh berteori saja. Tapi bagi aku sendiri, alasan yang kata mustahil ini konspirasi kerana melibatkan nyawa ratusan orang yang tidak bersalah adalah satu alasan yang dangkal. Sebab apa? Sebab kalau dah nama pun konspirasi, mereka memang tak kisah langsung untuk membunuh ratusan, malah ribuan atau berjuta nyawa yang tidak bersalah, asalkan impian mereka tercapai. Itu faktanya!

Orang Yahudi, atau pemimpin besar Amerika. Faham-faham sajalah. Mereka sanggup membuat konspirasi yang cukup teliti, sanggup membunuh ratusan ribu nyawa insan yang tak bersalah untuk menghidupkan lakonan konspirasi itu, lalu mereka melaksanakan tugas dengan baik.

Buktinya, tengok la sendiri tragedi 11september. Siapa yang tak tahu lagi benda ni adalah konspirasi? Bagi aku, aku yakin ini memang konspirasi yang cukup kejam daripada 'mereka'. Mereka sanggup bunuh ratusan ribu nyawa di dalam bangunan WTC (tapi nyawa bangsa Yahudi tak ada langsung yang terkorban. Tak pelik?). Lalu, atas alasan itu, mereka menyerang dan menawan Afghanistan atas nama mahu membendung pengganas. Di Afghanistan, lagi la ramai mereka bunuh nyawa insan yang tak berdosa, kan?

Tambahan fakta. Hakikatnya, setiap pesawat Boeing boleh dikawal melalui kawalan jarak jauh. Bermakna, kalau kapten kapal dah bertungkus lumus mengawal pesawat sekalipun, dia memang tak boleh buat apa, jika pesawat itu sudah dihajack, dan pesawat itu sudah dikawal dari jarak jauh. Ini faktanya. Boleh tanya pak cik google. Agak-agak, MH370 ini dikawal dari jarak jauh ke? Aku tak tahu. Tapi yang aku tahu, benda ni boleh terjadi la.

Jadi, adakah tragedi MH370 adalah satu konspirasi? Kalau tanya aku, aku jawab sekali lagi, aku tak tahu. Tapi benda ni, memang boleh jadi. Aku ulang sekali lagi, 'pihak-pihak ini' memang sanggup bunuh ratusan nyawa insan yang tidak bersalah, semata-mata mahu mencapai objektif mereka.


Apakah sebenarnya yang terjadi kepada MH370?

Jawapan yang terbaik? Katalah, kita tak tahu. Noktah. Jangan buat-buat tahu, takut kita tergolong di dalam golongan yang menyebarkan berita palsu. Lagi teruk kalau kita tergolong di dalam golongan yang menyebarkan fitnah. Minta simpang. sekarang, kita berdoa yang terbaik sahaja. Jangan sekadar berdoa untuk MH370, tetapi doakan keselamatan negara kita yang tercinta. Tragedi ini sendiri telah membuka pekong akan kelemahan keselamatan pertahanan Malaysia di mata dunia. Benda ni, lebih bahaya sebenarnya. 

Apa lagi yang boleh dibuat? Harapnya, lepas ni MAS tak lagi hidangkan arak di dalam penerbangan. Pramugari pun, pakai la yang menutup aurat. Boleh, bukan tak boleh. Lagi, sebelum nak berlepas tu, baca la doa menaiki kenderaan. Tak susah pun, malah kebanyakan syarikat penerbangan Arab (ke, semua?) memang membaca doa menaiki pesawat sebelum pesawat itu terbang. Kalau baca doa, kan tenang hati para penumpangnya.

Harapanku, biarlah ini tragedi yang terakhir daripada MAS.

Jangan ada spekulasi lagi. Biarlah mereka yang membuat kerja mereka. Kerja kita? Jangan putus berdoa. Sedekahkah Al-Fatihah kepada kru dan penumpang MH370 lebih mulia nilainya.

-:: Pray 4 MH370, and pray 4 Malaysia ::- 

Kalam Contengan Apakah ini?


Aku tak tahu apa yang terjadi kepada blog lama aku. Langsung tak boleh dibuka! Memang salah aku juga, sebab guna email apa entah. Email itu sendiri, aku sudah lupa apa paswordnya (malas lagi nak upload blog). Akhirnya, aku buat blog baru. Nama still sama, 'Khalifah Bumi' (aku pun tak tahu kenapa aku begitu suka dengan nama itu), cuma nama alamat ditukar. Kalau dulu, ibnuwafi. Sekarang, kalamcontengan. Nampak la macam muda sikit kan? Hehe.

Apapun, selamat datang ke dunia yang baru je wujud di alam buana ini!