Monday, 29 September 2014

Bila Mahu Berpuasa Arafah?


Setiap kali pengumuman tarikh 1 Zulhijjah di Malaysia berbeza dengan di Arab Saudi maka kita akan dapati terdapat sedikit kekeliruan di kalangan umat Islam di Tanah Air kita untuk mengerjakan ibadat puasa sunat hari Arafah.
Pada tahun ini kita sekali lagi mengalami perbezaan ini maka timbullah pendapat sesetengah pihak yang ingin mengikut taqwim Hijrah kerajaan Arab Saudi untuk melakukan puasa sunat 9 Zulhijjah tersebut pada 3hb Oktober 2014 (Jumaat) kerana jemaah haji akan berkumpul di Arafah pada hari tersebut. Mereka ini tidak akan mengikut puasa sunat 9 Zulhijjah yang jatuh pada 4 Oktober (Sabtu) untuk Malaysia.
Kenapa perlu timbul kekeliruan ini?
international datelineIni kerana kita terpengaruh dengan kaedah taqwim suria yang menentukan tarikh untuk kalendar Masehi beserta dengan penetapan Garisan Tarikh Antarabangsa (International Date Line) yang disepakati seluruh dunia yang mengguna kedudukan London (atau lebih tepat bandar Greenwich) sebagai pusat dunia (ketika penjajah British menguasai dunia).
Dengan berdasarkan persetujuan ini maka, seluruh dunia mengira bermula hari baru berdasarkan pergerakan matahari dan garisan maya di tengah lautan Pasifik (garisan ini tidak lurus pun! – jangan kita mudah tertipu lakaran mereka) jadi pemisah antara hari ini dan semalam.
Bagi umat Islam, taqwim kita berdasarkan pergerakan bulan bukannya suria.
Maka pertukaran tarikh dan bulan bagi kita ialah bermula dengan terbitnya anak bulan yang baru sebagai permulaan tarikh baru untuk satu-satu bulan dalam taqwim Hijrah.
Saya bukan seorang pakar bidang falaq, tetapi dengan sedikit ilmu asas yang kita pelajari untuk memahami tarikh penentuan puasa sepatutnya sudah cukup untuk kita faham perbezaan penentuan tarikh dalam taqwin Hijrah berbanding dengan taqwin Masehi.
Kita perlu tahu terbitnya anak bulan di kawasan-kawasan di muka bumi ini tidak mengikut garis lurus dari atas ke bawah pada peta dunia. Jika anak bulan baru terbit untuk Malaysia pada hari ini, pada logik peredaran bumi dan pergerakan bulan (dengan jarak Arab Saudi dengan kita) maka Arab Saudi akan juga menuruti Malaysia untuk mulakan tarikh baru untuk bulan Hijrah pada hari sama.
Tetapi jika waktu maghrib telah melepasi Malaysia dan anak bulan tidak juga terbit, dan katakan terbitnya bermula dari Sri Lanka, maka Sri Lanka dan kawasan seterusnya selepas ini akan memulakan hari pertama mereka pada hari itu tetapi tidak untuk Malaysia. Malaysia akan memulakan tarikh pertama bulan baru Hijrah pada keesokkannya jika kita banding berdasar taqwim Masehi.
Tetapi sebenarnya, tarikh pertama bulan baru Hijrah kita adalah pada tarikh yang kita nampak anak bulan (atau mengikut perkiraan falaq) bukan kita kira tarikh mengikut kiraan berdasarkan penetapan tarikh mengikut Garisan Tarikh Antarbangsa – International Date Line) itu.
Kita lupa akan tamaddun keilmuan kita mempunyai asas yang berbeza. Jangan kita letakkan kotak pemikiran kita berdasar penetapan “barat” dalam penentuan hari dan tarikh.
Untuk itu, bersesuaian sekali kita puasa sunat Arafah pada 9 Zulhijjah mengikut ketetapan tarikh yang dipersetujui oleh pemegang mohor Raja-raja – iaitu hari Raya Haji jatuh pada 5 Oktober, Ahad dan kita puasa pada hari Sabtu, 4 Oktober.
Majlis fatwa kebangsaan dah sebut bahawa kita perlu berpuasa Arafah pada 9 Zulhijjah tanpa melihat bila para jemaah Haji melakukan wuquf. Malah pakar rujuk Haji, Datuk Fadzil Awang turut mengatakan umat Islam disunatkan berpuasa pada 4 Oktober ini, bersamaan hari sabtu ini. Beliau berkata, umat Islam di Malaysia tidak perlu berpuasa sunat Arafah mengikut kalendar Arab Saudi yang menetapkan 9 Zulhijjah jatuh pada 3 Oktober.
Malah, Majlis Fatwa Indonesia telah menetapkan Puasa Hari Arafah pada 9 Zulhijjah, bukannya berpuasa ketika mana para jemaah Haji sedang melaksanakan wuquf.
Wallahu a’lam

__________________________
Rujukan:
http://akarimomar.wordpress.com/2014/09/26/kekeliruan-untuk-puasa-sunat-arafah-timbul-bila-tarikh-berbeza-dengan-saudi/
http://felixsiauw.com/home/tentang-perbedaan-penentuan-ied-adha-dan-puasa-arafah/
http://www.bharian.com.my/node/8069

Tuesday, 23 September 2014

Azan Tanpa Muazzin di Sweden?


Anda pernah mendapat video di whatsapp atau media-media yang sewaktu dengannya, berkenaan masjid yang tetap azan walaupun telah ditutup?

Ayat di bersama video itu seperti berikut;

Kejadian ini berlaku d sweden. Masjid ini telah di arahkan oleh pemerintah supaya semua aktivitynya d hentikan dn masjid ini juga d tutup.. tidak ada lagi supply electric dn d kawal rapi..tapi dgn kuasa allah setiap waktu sholat masih berkumandang azan walaupun sudah tidak ada sesiapapun muazin yg melakukan azan.. allah menunjukkn kebesarannya.. allah hu akbar..

Kalau dapat, jangan cepat percaya, dan terus sebarkan pula kepada group dan jiran sebab. Sebab berita itu tidak sahih!

Hakikatnya, video itu berlangsung ketika mana azan pertama kali dilaungkan di bumi Sweden. Boleh baca berita di bawah, yang saya ambil di utusan online.

__________

STOCKHOLM 12 April - Sebuah masjid di sini dibenarkan untuk melaungkan azan solat Jumaat menggunakan pembesar suara di menara, sekali gus menjadi masjid pertama di Sweden untuk berbuat demikian.

Ketua Persatuan Islam di Botkyrka, Ismail Okur menyuarakan rasa gembira dan bersyukur selepas pihak berkuasa Sweden memberi kebenaran tersebut.

Ismail berkata, pihaknya telah meminta kebenaran untuk melaungkan azan solat Jumaat menggunakan pembesar suara di masjid Fittja.

Masjid tersebut dibenarkan melaungkan azan dalam tempoh tiga minit hingga lima minit antara pukul 12 tengah hari hingga 1 petang pada setiap hari Jumaat. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130412/lu_06/Sweden-benar-masjid-laung-azan-solat-Jumaat#ixzz3E7WL51nR
© Utusan Melayu (M) Bhd 


_________

Kalau rasa tak percaya juga, boleh seach di youtube. Taip sahaja 'azan pertama di Sweden', dan anda akan dapati video yang sama!

Kalau malas nak seach, buka link di bawah.

https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&ei=0B4hVLSyM5LluQTi0IKgAQ&url=http://www.youtube.com/watch%3Fv%3DmXZuy4YdnMQ&cd=1&ved=0CB4QtwIwAA&usg=AFQjCNFXJrhPEewK5LLw4OJXwSzEi06x5g

Kesimpulannya, jangan mudah terpedaya.

Wassalam

Tuesday, 16 September 2014

Axia vs Ariz : Mana terbaik?

Hampir genap setahun bekerja. Masa untuk mencari kereta!

Kereta pilihan? Beli kereta tempatan sahajalah. Kereta tempatan sekarang pun dah makin ok apa.

Dan sekarang, ada dua kereta tempatan yang tengah meletup. Apa lagi kalau bukan Perodua Axia dan Proton Iriz. Dua-dua pun cantik. Jadi, nak pilih yang mana?

Mari kita bandingkan...

1. Reka bentuk

Cantik ini sesuatu yang subjektif. Penilaian tentang kecantikan itu sendiri berbeza-beza mengikut individu. Dan kedua-dua kereta ini memang memiliki design yang cantik. Tengok sekali, macam kembar pun ada. Tapi bagi saya, saya lebih suka dengan reka bentuk yang ada pada Iriz.


2. Kuasa Enjin

Iriz : 1.6cc

  • Menggunakan enjin VVT (injap pemasa berjujukan), enjin yang terkini Proton bagi menggantikan Campro.
  • 10% lebih penjimatan petrol daripada Campro.
  • 110 kuasa kuda (hp) dan kilas 148 Nm
  • Mampu cecah 180 km/j

Axia : 1.0cc
  • Dikuasakan dengan enjin 1KR 3 Selinder (enjin Daihatsu 1KR-DE)
  • Enjinya 10kg lebih ringan dari enjin yang digunakan pada Perodua Viva.
  • Mampu mencapai kuasa 65 PS pada 5,000 rpm.
  • 22km bagi setiap petrol (jimat minyak) dengan standard EEV (Energy Efficient Vehicle).
Yang menang? Kalau nak kata power, semestinya Iriz lebih power. Tapi kalau nak save minyak, Axia memang terbaik.


3. Keselamatan

Proton Iris
  • Body yang kuat (menggunakan besi yang dibentuk dengan teknologi Hot Press Forming)
  • Dilengkapi dengan tali pinggang keledar 3 titik, ISOFIX dan top theter.
  • 6 beg udara
Perodua Axia
  • Dua beg udara 
  • Immobiliser
Tengok pun dah tahu siapa yang menang.


4. Harga

Iriz    : RM40,000 - RM60,000
Axia  : RM24,900 - RM45,300

Untuk kali ini, Axia yang menang.

Tapi macam tak adil la kan. Kedua-dua kereta ini dari jenis yang berlainan, cc yang berlainan. 


Spesifikasi lain?

Ada banyak lagi yang tidak disentuh. Tapi dah malas nak tulis. Maaf ya. Huhu huhu.

Jadi, siapa yang menang? Dua-dua menang. Hehe. Kalau ada duit lebih, boleh la angkut Iriz. Ikut harga dengan spesifikasi yang diberi, sebenarnya dah cukup murah tu. Dah macam kereta Golf versi Malaysia pun ada dah. Tapi kalau duit pun tinggal ____ je (isi sendiri form yang diberi), boleh la angkut Axia. Murah pun murah, save minyak lagi. Kira tak mengecewakan la.

Sekian. 


_______________________________

Rujukan :




Sunday, 7 September 2014

Jom Jadi Saudagar Emas!


Saudagar emas? Mimpi apa ajak jadi saudagar emas ni?

Orang ingat, nak jadi saudagar emas ni mesti kena pakai duit banyak. Memang pun.

Dan sekarang, saya mahu dedahkan cara menjadi saudagar emas dengan modal serendah RM380 sahaja. Serius! Tak tipu-tipu.

Nama plannya, Powergold.

Memang power lah! Power Rangers pun kalah.

Jadi saudagar emas bermakna anda sudah memiliki emas anda sendiri, dan anda ada autoriti untuk menjual emas kepada orang lain. Emas yang diambil terus dari kilang.

Antara dua darjat...


Emas. Kalau tiada orang yang beli emas dari anda kerana anda sendiri tidak suka untuk menjual, itu tiada masalah. Anda tetap untung kerana membeli emas dengan harga yang murah. Simpan emas yang anda beli murah itu setiap bulan. Istiqomah. Kalau sebelum ini anda simpan RM200+ setiap bulan sebagai saving, apa kata lepas ini kita simpan 1gram goldbar pula sebagai saving. Emas lebih menguntungkan untuk disimpan, bukan?

Kalau anda dapat jual emas...wah, ia lebih menguntungkan! Dapat untung runcit. Dan kalau anda kembangkan lagi perniagaan ini, dapat pula 7 bonus daripada syarikat! Syarikat bagi bonus 3 kali sebulan tau. Bukan sebulan sekali. Ni contoh bonus yang salah seorang saudagar emas kami dapat. Ingat, bonus dibayar tiga kali sebulan tau!

Kalau tak buat kerja pun, syarikat bagi bonus juga.Syarikat akan bagi profit sharing kepada kita. Maknanya kita layak mendapat RM500, dengan syarat kita sudah menaja paling kurang seorang ke dalam syarikat.

Bayar RM380, dapat RM500. Wow!

Tengok lagi testimoni mereka yang telah berjaya...




Saya bukan ajak anda buat benda luar tabie. Saya ajak anda untuk menukar simpanan bulanan anda dari wang kertas yang semakin susut nilainya kepada 1gram goldbar sahaja yang mana nilainya semakin naik. Anda boleh cari lubuk mana mahu membeli 1gram goldbar yang murah ini, dan anda akan dapati bahawa anda sebenarnya mampu untuk memilikinya dengan harga yang termurah di sini. Dapat jimat duit beli emas dengan harga murah, dapat pula bonus serta tabungan daripada syarikat.


Sebenarnya, dengan pembayaran RM380 untuk pendaftaran seumur hidup ini, anda akan memilki 1gram goldbar yang pertama, seperti gambar di atas ni. Cute, kan? Ini emas tulen tau. 999.9, 24karat. Bukan kad bisnes ke, apa ke.

Bila anda setuju nak masuk sahaja, semestinya saya akan terus guide anda hingga kita semua berjaya di dalam perniagaan ini. Saya akan tunjukkan skill internet marketing secara percuma kepada para saudagar emas. Ilmu ini, kalau nak beli dekat luar, kena siapkan ratusan ringgit tau. Tapi dengan menjadi ahli, saya akan berikan secara percuma sahaja.

Tambah menarik, anda juga akan saya masukkan ke dalam group rahsia, di mana di dalam group itu, anda akan bersama dengan sifu-sifu emas, para ustaz dan usahawan yang begitu berjaya di dalam dunia perniagaan emas ini.

Bayar RM380 sahaja, tapi anda pun boleh join seminar yang dibuat oleh syarikat secara PERCUMA! Mana nak dapat seminar emas secara percuma ni? Siap dapat makan dan penginapan lagi tau! Kata pada kawan sebelah, kalau nak pergi seminar macam ni secara percuma, kirim salam saja.

Tapi sebagai ahli, kita layak dapat pergi secara percuma tu...

Bayar RM380, tapi macam-macam lagi yang anda boleh dapat.

Income, tak payah cerita la. Ke, nak cerita lagi? Meh la tengoj pic di bawah. Senang...

Daripada wang kertas RM380 anda dihabiskan begitu saja tanpa anda sedar di mana wang ini 'disonglapkan', apa kata wang itu dilaburkan sahaja agar anda dapat jadi saudagar emas dengan modal yang paling rendah di dunia.


Eh, saya tak la paksa anda masuk ke dalam pelaburan ini. Kalau rasa nak join, boleh la buat solat Istikharah dulu ke. Kalau anda rasa nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi saya dahulu. Whatssapp ok. SMS tak dilayan.


Ikhlas,
Muhd Hamiduddin bin Ahmad
013-4638015
hamiduddinahmad@gmail.com